Kalau soalan anda tiada di sini, terus WhatsApp. Jawapan percuma, tiada obligasi.
Perbezaan utama terletak pada struktur kontrak. Takaful berasaskan konsep tabarruβ atau derma bersama. Peserta menyumbang ke dalam satu dana untuk saling membantu, dan dana itu diuruskan mengikut prinsip Syariah tanpa unsur riba, gharar dan maisir. Setiap pengendali Takaful juga diselia oleh Jawatankuasa Syariah. Insurans konvensional pula berasaskan kontrak jual beli risiko antara pelanggan dan syarikat.
Tidak. TakafulMu.com ialah platform pendidikan dan khidmat nasihat yang dikendalikan oleh ejen sah yang berdaftar dengan Etiqa. Semua produk, terma, manfaat dan kelulusan permohonan adalah di bawah tanggungjawab Etiqa sebagai pengendali Takaful berlesen.
Caruman bergantung kepada beberapa faktor: umur anda, jantina, status merokok, jenis pekerjaan, pelan yang dipilih dan jumlah perlindungan yang anda mahukan. Kerana itu tiada satu harga tetap untuk semua orang. Cara paling tepat ialah dengan mendapatkan quotation percuma, dan kami akan sediakan anggaran khusus untuk situasi anda.
Tidak sama sekali. Quotation adalah percuma dan tanpa sebarang ikatan. Ramai yang mengambilnya semata-mata untuk memahami pilihan yang ada atau untuk membandingkan dengan pelan sedia ada mereka. Anda bebas berfikir seberapa lama yang anda perlukan.
Perlindungan majikan adalah permulaan yang baik, tetapi ia mempunyai dua batasan penting. Pertama, ia biasanya terhenti sebaik sahaja anda berhenti atau bertukar kerja. Kedua, hadnya selalunya lebih rendah daripada kos rawatan sebenar untuk kes yang besar. Perlindungan peribadi kekal milik anda tanpa bergantung kepada status pekerjaan.
Boleh memohon, tetapi keputusan bergantung kepada proses underwriting Etiqa. Kemungkinannya adalah permohonan diluluskan seperti biasa, diluluskan dengan caruman lebih tinggi, diluluskan dengan pengecualian bagi keadaan berkaitan, atau ditolak. Nasihat kami: isytiharkan semua maklumat kesihatan dengan jujur. Ketidakisytiharan boleh menyebabkan tuntutan ditolak kemudian hari.
Bagi kes yang lengkap dan tanpa isu perubatan, kelulusan biasanya diperoleh dalam beberapa hari bekerja. Sekiranya Etiqa memerlukan pemeriksaan perubatan atau laporan doktor tambahan, tempoh mungkin lebih panjang. Kami akan maklumkan status anda pada setiap peringkat.
Ya. Maklumat yang anda berikan digunakan semata-mata untuk menyediakan quotation dan menghubungi anda berkaitan perlindungan Takaful. Kami tidak menjual atau berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran. Anda boleh meminta data anda dipadam pada bila-bila masa.
Tuntutan boleh dibuat melalui aplikasi Etiqa+ atau portal dalam talian Etiqa. Bagi kemasukan hospital panel, kad perubatan biasanya boleh digunakan terus di kaunter. Kami akan bantu anda sepanjang proses ini. Inilah bahagian yang paling penting, dan kami tidak menghilangkan diri selepas polisi lulus.
Soalan anda tiada di sini?
Tanya terus melalui WhatsApp. Kami jawab dengan jujur, termasuk kalau jawapannya "pelan ini tidak sesuai untuk anda".
Assalamualaikum & Hai!
Saya merupakan ejen Takaful sejak tahun 2020, dengan komitmen membantu individu dan keluarga mendapatkan perlindungan kewangan yang sesuai dengan keperluan serta kemampuan masing-masing.
Sepanjang perjalanan sebagai ejen Takaful, saya telah membantu ramai individu memahami kepentingan perlindungan seperti Hibah Takaful, Medical Card, Penyakit Kritikal dan perlindungan keluarga dengan lebih jelas dan mudah.
Bagi saya, setiap orang mempunyai keperluan dan kemampuan yang berbeza. Sebab itu, saya tidak sekadar menawarkan pelan, tetapi membantu anda memahami pilihan yang ada dan memilih perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan, matlamat keluarga dan bajet bulanan.
Keutamaan saya adalah memberikan penerangan yang jelas, cadangan yang telus serta membantu anda mendapatkan perlindungan yang benar-benar bermakna apabila diperlukan.